PANDUAN PENGGUNAAN : MODUL PERMOHONAN

 

1.       Modul Permohonan adalah modul yang terpenting di dalam eSPP kerana output dari modul ini menjadi sumber kepada modul – modul yang lain. Oleh itu, pengguna perlu teliti dan sentiasa mengikut panduan yang disediakan untuk mengisi borang secara online ini.

 

2.       Skrin utama modul ini mengandungi senarai jenis permohonan dan pautan untuk senarai semak.

 

3.       Setiap pemohon yang ingin membuat permohonan perlu meneliti senarai semak setiap permohonan yang berkenaan. Ini kerana senarai semak tersebut mengandungi perkara-perkara yang diperlukan oleh sistem untuk memproses setiap jenis permohonan dengan lancar dan tepat.

 

 

Pautan modul permohonan

 

Menu dalam modul permohonan

 

Senarai pautan dan keterangan jenis-jenis permohonan

 

Laman dan menu utama modul permohonan

 

4.       Modul Permohonan ini terdiri daripada beberapa jenis permohonan iaitu :

 

-         Permohonan Lesen

a.         Baru, Meminda, Membaharui dan Draf Permohonan

 

-         Permohonan Pengiktirafan Pekerja

a.         Pengiktirafan Baru, Pengiktirafan Semula, Penukaran Jawatan, Penambahan Radas dan Projektor (Utk Pengendali Senggaraan) dan Pembaharuan Permit Kerja

 

-         Permohonan Kebenaran (Semua jenis permohonan kebenaran)

 

-         Permohonan Pendaftaran

 

a.         Pendaftaran SEM : Permohonan untuk Mikroskop Elektron Pegimbas (SEM)

 

b.         Penukaran OBTL : Permohonan penukaran maklumat ‘Orang Yang bertanggungjawab Terhadap Lesen’

 

c.         Penukaran OBTP : Permohonan penukaran maklumat ‘Orang Yang bertanggungjawab Terhadap Pendaftaran’

 

d.         Pengamal Perubatan : Permohonan perlantikan pengamal perubatan atau doktor bagi syarikat.

 

5.       Skrin untuk memasukkan maklumat pembayaran Yuran Permohonan juga dilakukan di dalam modul ini. (pautan : Yuran Permohonan)

 

6.       Bagi syarikat yang perlu mengemaskini program perlindungan sinaran, proses tersebut juga dilakukan di dalam modul ini (pautan : Program Perlindungan Sinaran)